Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri 2013

Alkisahnya bermula apabila menerima mesej daripada seorang sahabat pada 3 August 2013 bersamaan 25 Ramadhan yang lalu..
Katanya nak bergossip panas...ingatkan ade story ‘hot’...hehehhe..kalau yang hot2 cepat je celik mata...astaghfirullahal’azim..
Bila dok berbalas wechat..rupanya dia nak tempah kek untuk sambutan Hari Raya anjuran Jabatan suaminya..Saya cuma kata ok je...
Tapi bila dia kata PM yang nak potong kek tu...berdebar2 mak, jah! Ditambah pulak bila dia sebut saiznya....tak terbayang akal...cepat2 cari pita ukur
dan ukur saiz yg diminta...terkebil2 la sekejap...maklumlah...saya cuma ‘baker amateur’ sahaja...lainlah kalau saya ni mcm Buddy Valastro, tokey kek Carlos Bakery tu...
rancangan Cake Boss...selalu menonton sahaja dia dok buat kek yang besar2...cantik2...dan memang minat dengan hasilnya koleksi keknya. Tapi, bila fikirkan ini satu cabaran buat diri saya...saya akan cuba hingga berjaya...sekurang2nya saya ada kenangan yang indah dan bermakna sepanjang pembabitan dalam dunia yang saya cintai ini.
Apa lagi menghitung hari le sehingga la malam baking tiba......jeng..jeng...jeng....saya pun buat kek chocolate + orange + resepi white cream kegemaran customer2 saya...
Bermula 8 malam sehinggalah selesai 3 pagi....cabaran yang paling dirasai ialah time frosting i.e melepa.. almaklumlah first time buat kek giant ni...peralatan untuk kek sebesar ini pun tak cukup..terkial2 jugak lah..jadi sebab saiz kek yang besar menyukarkan saya menggerakkan kek..sbb berat....memang susahlah...walau apapun saya tetap kena siapkan juga dan habiskan cabaran ini...
Sewaktu penghantaran adalah cabaran kedua...untuk memastikan ia sampai ke destinasi dengan selamat. 25 minit dalam kereta rasa macam waktu yang sangat mendebarkan.
Tapi bersyukur semuanya berakhir dengan baik.....
Jadi dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada sahabat yang memberi peluang kepada Cuppiesholic. Semoga Kak Zura & Abg Mie dimurahkan rezeki kerana memberi ruang rezeki kepada saya dan keluarga juga.....Andai ada kekurangan maafkan saya kerana sesungguhnya saya hanyalah ‘baker amateur’ sahaja and part time pulak tuu..............hehehhe...
Whatever pun...saya tetap gembira kerana Perdana Menteri ke 6 dah potong kek Cuppiesholic!