Showing posts with label Sarang Lebah. Show all posts
Showing posts with label Sarang Lebah. Show all posts

Honeycomb Cake

Yang ni pulak sebagai memenuhi permintaan mak tercinta sempena hari lahirnya....Honeycomb @ kek sarang lebah...alhamdulillah..my first trial untuk mencuba kek ni....kek ni disiapkan sejurus selepas menyiapkan kek hantaran tu...adunan dah siap dari pukul 8mlm  lagi....kena tunggu 3-4jam untuk menghasilkan ‘sarang’ yg banyak menurut tuan asal resepi kek ini la i.e Kak Halimah dari Singapore.
Tapi disebabkan badan pun dah tak larat...sempat perap selama 3 jam shj....sejam bakar...siap! decoration buat kat kampung aje...mak nak letak ganache dan letak buah2an atas kek...satu Teluk Intan aku pusing cari strawberry takde...so kek ni nampak tak berseri tanpa strawberry....